Friday, November 5, 2010

Aktiviti Bermain Dgn Cahaya

Perangai Tak Semenggah Masing²... Heheh...

Apiz...

Joe...

Syam...

Paan...

Salam... Rasanya lame jugak la aku tak update blog aku lepas update sebelum Raya Aidifitri yg lepas... hahahah... ni pun aktiviti Mlm Raya Aidilfitri yg lepas baru ade mase aku nk update blog aku ni... heheh... erm aktiviti berbuka bersama² di Restoran Saba Cyberjaya, kemudian terus bergerak ke Putrajaya melakukan aktiviti Bermain Dgn Cahaya ini... pape pun enjoy & terima kasih kerana sudi luangkan mase utk singgah melihat & melawat blog aku yg xseberapa ni... sekian Salam...

Thursday, September 9, 2010

Perginya Ramadhan Datangnya Syawal

Salam...

didalam kesibukan kita melakukan aktiviti harian & juga dalam sedar & tak sedar Bulan Ramadhan telah kita lalui selama sebulan kini akan meninggalkan kita sekali lagi... Perginya Ramadhan Datangnya Syawal disambut dengan gembira disamping keluarga... Aku rasa macam baru semlm kita Menyambut Bulan Ramadhan kini kita semua sibuk hendak Menyambut Ketibaan Syawal... Syukur Alhamdulillah kerana aku masih lagi bernafas sehingga Syawal yang bakal Menjelang tapi aku juga berfikir masihkah adanya Ramadhan bagiku pada tahun hadapan... Dikesempatan ini juga ingin aku menyusun sepuluh jari memohon ribuan ampun & maaf kepada seluruh ahli keluarga aku serta rakan taulan yang mengenali diri aku ini jika disepanjang perkenalan & persahabatan kita mungkin aku telah mengeluarkan kata² yang menyakitkan hati, melakukan perbuatan yang mengguriskan perasaan anda semua sama ada dalam keadaan aku sedar mahupun tidak sedar ini kerana dan sesungguhnya perkara yang buruk itu datang dari diri aku sendiri & perkara yang baik itu adalah Kurnia Dari ALLAH S.W.T... Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin...

Monday, July 5, 2010

2nd Birthday Muhammad Iskandar

Assalamualaikum... update lagi blog aku ni dengan Birthday Anak Buah Lelaki aku yang pertama Anak kedua kepada Along aku Muhammad Iskandar pada jumaat lepas 2hb Julai 2010... sekejap je masa berlalu tau2 dah masuk 2 tahun dah umur si Iskandar ni... Iskandar ni agak pemalu skit & segan ngan aku... tapi pada birthday die tahun ni Iskandar mcm dah tak malu & segan lak ngan aku... hehehehehehe... Happy Birthday To You Muhammad Iskandar Love You From A'E...

Thursday, July 1, 2010

Outing Sambil Belajar






hahahahahaha... update lagi... ok yang ni adalah outing kat tasik Shah Alam... tak silap aku 19hb Jun 2010 kut... pada paginya aku gi panjat Bukit Broga ngan kawan-kawan aku... so asal punya plan nk wat Outdoor Couple yang diajak oleh Faiz yang ingin berkongsi ngan mengajar teknik-teknik mcm mana nk shoot menggunakan Lighting, pastu Composition & Angle yang betul bile shoot Outdoor... pada mulanya mcm tak jadi then aku call Faiz inform yang aku dah otw ke Shah Alam pastu beberapa rakan yang lain pun dah otw... then die cakap tak dapat model nk shoot sesama kite pun ok je... so outing ni diteruskan... beberapa rakan yang turut hadir adalah Paan, Fared, Palie, Aku, Faiz & lagi sorang nama Paan jugak... hehehehehe... so kami pun bergilir-gilir la shoot... yang menjadi mangsa untuk jagi model adalah Paan sebab tu gambar die yang banyak... kehkehkeh... dari senja membawa la hingga jam 9.00 mlm kami pun bergerak makan pasal masing-masing dah lapar... kami pun pegi la makan kat restoran member kami Restoran Putera Ayu yang berlokasi di Padang Jawa... Dan lepas makan satu sesi Komen & Kritik bagi perbaiki diri masing-masing bile nk shoot berlaku... So kat sini aku nk ucapkan terima kasih banyak-banyak kepada Faiz yang banyak berkongsi ilmu dan pengalaman die dalam dunia Photography tak lupa juga kepada kawan-kawan yang hadir sama yang banyak membantu dan berkongsi ilmu Photography sesama kami pada hari tu... lepas ni klu ade lg nk shoot mane-mane jgn lupe roger... chooowwww...

Outdoor Penang










Assalamualaikum... lama rasanya aku xupdate blog aku ni... kalau dalam dunia realiti mau dah berabuk dah aku rasanya blog aku ni... hahahahahaha... ok insyaALLAH jika ada kelapangan pada masa-masa akan datang & kalau rajin blog aku ni akan sentiasa diupdate kalau rajin nk update la... Outdoor Penang ni terjadi mase aku balik kampung awal bulan Jun ni... balik kampung sebab kenduri sepupu aku Azmi & isteri die Alin... Azmi adalah satu-satunya sepupu lelaki aku yang duduk kat penang... yang lain-lain same la mcm aku duduk kat KL... so kami semua pun berkumpul la kat rumah Pak Andak aku bapa kepada sepupu aku Azmi ni kat Penaga Penang... memang satu memori yang akan dikenang sampai bila-bila... mane taknye sejak masing-masing dah keje, dah kawin, so mcm sibuk ngan hal masing-masing... jd aku pun dah lame sgt tak berkumpul satu family... jadi pada kenduri Azmi ni aku gembira tgk Pak Cik, Mak Cik, Abang, Kakak, Adik sedara semua berkumpul yang juga merupakan RUMPUN KELUARGA AL-WAKSA dari family sebelah Abah aku... memang gembira gelak tawa sesama... so pada mulanya just amik-amik gambar ngan pengantin, pastu ngan family sampai la aku tengok bendang depan umah Azmi ni... aku dok amik-amik gambar scene bendang... then Abg Sepupu aku anak kepada kakak abah aku Lah Ahmad datang suruh amik gambar die tepi bendang... aku pun mcm "wow" event aku sepupu die pun takkan la senang-senang nk amik gambar artis... tapi dah permintaan dari Lah Ahmad sendiri aku pun amik la gambar untuk die... then jadi la sesi Outdoor ni pabila sepupu aku yang lain pun mintak amik gambar diorg tepi bendang... die punya seronok tak tau la aku nk cakap macam mana... hehehehehe... so ade la skit gambar yang aku select & update kat blog aku ni... kepada sepupu aku Azmi & Alin Selamat Pengantin Baru Semoga Bahagia Hingga Ke Anak Cucu... kepada sesiapa yang singgah kat blog aku ni aku harap korang enjoy ngan ape yang aku update kat blog aku ni... klu ade mase free aku update lagi blog aku ni dilain masa insyaALLAH... daaaaaaaaa...

Saturday, February 20, 2010

Light Trail





Belajar Shoot Light Trail... hehehehe...

Thursday, February 18, 2010

Kau Aku...

Kau dan aku adalah satu tak kira apa
Segala rintihan aku engkau selalu ada
Biar kata memisah kita
Biarkan saja kerana terbiasa
Semua tak terang di mataku
Walau warnanya menyala
Ingin merasa namun aku takkan cuba
Mengejar mimpi yang pasti akan aku
Sentiasa merasa kehilanganmu
Ku akan tunggu saat bertemu
Tiada henti
Walau dimana kita berdiri
Di dalam dunia ini
Biar sampai akhirnya nanti

Monday, February 15, 2010

Tak Bisa Memilki...


Apakah yang engkau cari
Tak kau temukan di hatiku
Apakah yang engkau inginkan
Tak dapat lagi ku penuhi
Begitulah aku
Pahamilah aku
Mungkin aku tidaklah sempurna
Tetapi hatiku memilikimu sepanjang umurku
Mungkin aku tak bisa memiliki
Dirimu seumur hidupku