Thursday, September 9, 2010

Perginya Ramadhan Datangnya Syawal

Salam...

didalam kesibukan kita melakukan aktiviti harian & juga dalam sedar & tak sedar Bulan Ramadhan telah kita lalui selama sebulan kini akan meninggalkan kita sekali lagi... Perginya Ramadhan Datangnya Syawal disambut dengan gembira disamping keluarga... Aku rasa macam baru semlm kita Menyambut Bulan Ramadhan kini kita semua sibuk hendak Menyambut Ketibaan Syawal... Syukur Alhamdulillah kerana aku masih lagi bernafas sehingga Syawal yang bakal Menjelang tapi aku juga berfikir masihkah adanya Ramadhan bagiku pada tahun hadapan... Dikesempatan ini juga ingin aku menyusun sepuluh jari memohon ribuan ampun & maaf kepada seluruh ahli keluarga aku serta rakan taulan yang mengenali diri aku ini jika disepanjang perkenalan & persahabatan kita mungkin aku telah mengeluarkan kata² yang menyakitkan hati, melakukan perbuatan yang mengguriskan perasaan anda semua sama ada dalam keadaan aku sedar mahupun tidak sedar ini kerana dan sesungguhnya perkara yang buruk itu datang dari diri aku sendiri & perkara yang baik itu adalah Kurnia Dari ALLAH S.W.T... Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin...